Matomo

Program Simulasi Penerbangan Dron Pertanian Di Ladang Nanas Pusat Koreksional Jasin Melaka , Kerjasama Bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Simulasi Penerbangan Dron Pertanian Di Ladang Nanas Pusat Koreksional Jasin Melaka , Kerjasama Bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Pada 12 November 2025 (Rabu) Program Simulasi Penerbangan Dron Pertanian telah diadakan di Pusat Pengumpulan Ladang Nanas Pusat Koreksional Jasin (PPL PK Jasin). Program ini dihadiri seramai 100 peserta dari kalangan pengusaha-pengusaha Nanas Negeri Sembilan/Melaka . Program pemindahan teknologi dan pengurusan Tanaman Nanas Negeri Melaka tahun 2025 diketuai oleh En Mohammad Ismazainureen Bin Abu Hasan,Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Tenaga pengajar dan peserta kursus telah disambut oleh PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin dan TPP Razrin Hamidi Bin Abdul Razak bersama anggota PK Jasin yang mengusahakan tanaman. Simulasi ini dijalankan bagi menilai keberkesanan penggunaan dron pertanian dalam kerja-kerja pembajaan tanaman nanas. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan penggunaan baja, menjimatkan masa, dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual.  Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan semua warga kerja PK Jasin yang menyelaras program ini.