Matomo

Festival Kesenian 2025 Majlis Sukan Penjara Malaysia

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Festival Kesenian 2025 Majlis Sukan Penjara Malaysia

Tarikh : 7 hingga 9 November 2025
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Auditorium P. Ramlee, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Pulau Pinang

Georgetown, 9 November 2025 – Festival berprestij yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Penjara Negeri Pulau Pinang ini telah berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang selama tiga (3) hari berturut-turut, bermula dari 7 hingga 9 November 2025. Ia menjadi medan terbaik untuk mempamerkan bakat-bakat seni dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia.Sebanyak 10 kontijen yang mewakili setiap negeri dari seluruh Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil bahagian. Mereka telah bersaing dalam tiga (3) kategori utama yang dipertandingkan iaitu Kategori Pertama: Nyanyian Lagu Asli, Kategori Kedua: Rampai Tari Tradisional dan Kategori Ketiga: Kumpulan Muzik Moden. Persembahan yang disajikan oleh setiap kontijen bukan sahaja menghiburkan, malah memukau hadirin dengan kualiti yang tinggi dan penuh semangat, membuktikan bahawa seni mampu menjadi jambatan dan platform rehabilitasi yang berkesan.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Yang Berbahagia TKJP Dato' Dr. Ibrisam Bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional). Kehadiran beliau membuktikan sokongan padu pucuk pimpinan jabatan terhadap inisiatif kesenian seumpama ini. Dalam ucapan beliau "Festival ini membuktikan bahawa semangat kesenian dan kebudayaan tetap subur dalam warga Jabatan Penjara, dan ia adalah sebahagian daripada usaha kita dalam membentuk persekitaran kerja yang positif dan seimbang,".

Kontijen Penjara Negeri Selangor telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan festival kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menjayakan Festival Kesenian 2025. Festival Kesenian ini bukan sahaja menyediakan pentas untuk bersaing, tetapi juga mengeratkan silaturahim antara wakil-wakil Jabatan Penjara dari seluruh Malaysia, seterusnya memperkaya warisan seni dan budaya negara.