Matomo

Majlis Penutupan Kursus Jangka Pendek Kementerian Dalam Negeri Artificial Intelligence & Keselamatan Siber 2025

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Kursus Jangka Pendek Kementerian Dalam Negeri Artificial Intelligence & Keselamatan Siber 2025

JOHOR BAHRU, 24 Oktober 2025 - YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Jangka Pendek Kementerian Dalam Negeri : Artificial Intelligence & Keselamatan Siber yang berlangsung di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour, Johor Bahru.

Program ini bertujuan memperkukuh keupayaan serta pengetahuan para peserta terhadap perkembangan pesat teknologi masa kini, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber dua aspek utama yang semakin penting dalam mendepani cabaran dunia digital dan ancaman siber global.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Ibrisam menekankan kepentingan warga Jabatan Penjara Malaysia untuk sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan arus kemajuan teknologi serta memperkukuh integriti digital demi memastikan keselamatan data dan sistem kerajaan sentiasa terpelihara.

Beliau turut menyeru agar setiap peserta memanfaatkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini sebagai asas kepada peningkatan kecekapan, inovasi, dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab di jabatan masing-masing.

Hadir sama YBrs. KP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Keselamatan & Koreksional, YBrs. KP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, YBrs. KP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Bahagian Korektif serta pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Program ini telah diadakan sebanyak 2 fasa bermula dari September sehingga Oktober iaitu Kursus Artificial Intelligence (AI) Siri 1 & 2 di Negeri Sembilan dan Kursus Keselamatan Siber Siri 1 & 2 di Johor Bahru.