17 Julai 2025 ( Khamis ) – Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah berlangsung Program Sharing For Succes Prospek Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2025. Majlis Penutupan Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatan Kuasa Perpaduan, Warisan Dan Budaya Negeri Johor. Turut hadir bersama TKJP Dato’ Ibrisam Bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara ( Keselamatan Dan Koreksional ), Timbalan Komisioner Penjara Mohamad Bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Johor, Timbalan Komisioner Penjara Mohd Farid Bin Kassim Pengarah Penjara Simpang Renggam sebagai tuan rumah, Penolong Kanan Komisioner Marzuki Azmin Bin Bidi, Timbalan Pengarah Bahagian Agama Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah - Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ketua - Ketua Institusi Penjara yang layak ke Peringkat Akhir dan pegawai-pegawai serta kakitangan yang hadir.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Johor dan lagu Negaraku, Bacaan Doa, Tayang Montaj Majlis, Ulasan Ketua Juri, Ucapan Aluan, Ucapan Perasmian Penutup, Gimik Perasmian Logo Helper Jabatan Penjara Malaysia, Penyampaian Hadiah Dan Sijil Penyertaan Serta Cenderahati dan Persembahan Pemenang Icon Helper serta Pemenang Psikodrama.
Keputusan Pertandingan Adalah Seperti Berikut:
PERTANDINGAN ICON HELPER (L)
1. PENJARA KLUANG
2. PENJARA TAPAH
3. PENJARA SIMPANG RENGGAM
PERTANDINGAN PSIKODRAMA
1. PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING
2. PENJARA SIMPANG RENGGAM
3. PPA MACHANG
PERTANDINGAN ICON HELPER (W)
1. PENJARA TAPAH
2. PENJARA WANITA KAJANG
3. PENJARA KLUANG










