Ceramah Maal Hijrah 1447H “Hijrah Kita Bermula Di Sini” Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 17 Julai 2025 bersamaan 21 Muharram 1447H di Surau Al-Hidayah, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Ceramah Maal Hijrah 1447H yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Khairul Nizam bin Mat Nor, Pegawai Tadbir Agama Daerah Taiping, Sesi Soal Jawab dan Kuiz Maal Hijrah bersama penghuni. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap awal tahun hijri bagi memberi kesedaran kepada penghuni berkaitan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW agar dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian. Penyampaian Cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh Ustaz Huzaifah bin Zakaria, Ketua Unit Agama mewakili Pengarah Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari yang melibatkan seramai 100 orang penghuni.










