Pada 16 Julai 2025 (Rabu), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin . Kunjungan hormat diketuai oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, bersama PP Triyo Kurniawan bin Kusmadi, Yang Menjalankan Tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas. Turut hadir PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Bahagian Korektif, Pusat Koreksional Jasin, INSP Raffi bin Tuminoh, Ketua Unit Unit Latihan, Pusat Koreksional Jasin dan INSP Mohd Hafiz bin Mohd Noor, Ketua Unit Kawalan dan Pencegahan dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas. Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh SUPT. Mohamad Rusli bin Haji Mat, Ketua Polis Daerah Jasin dan DSP Norazlinda binti Nordin, Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin bersama sembilan orang pegawai polis dari pelbagai ketua unit dari IPD Jasin. Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan dan bertukar-tukar pandangan berkenaan perancangan untuk menggalakkan perkongsian maklumat dan isu-isu keselamatan antara kedua-dua pihak. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Jasin dan semua warga PK Jasin yang menyokong dan terlibat dalam kerjasama ini.










