Pada 2 Julai 2025 (Rabu) telah diadakan Sambutan Hari Penjara Ke-235 Peringkat Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Pelbagai program telah dirangka dalam sambutan pada kali ini yang dimulakan dengan perhimpunan pada jam 7.00 pagi, disusuli dengan Program Hari Bertemu Pelanggan pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Manakala pada jam 2.30 petang telah diadakan ceramah integriti bertajuk “Integriti dan Kesalahan Utama Rasuah di Bawah Akta SPRM 2009” yang telah disampaikan oleh Penolong Penguasa Kanan Abdul Kadir bin Mohamad daripada SPRM Cawangan Bintulu serta aktiviti sukan melibatkan ahli PERSIAP pada jam 4.30 petang. Pada sebelah malam bertempat di Surau At-Taqwa (kakitangan) telah diadakan ceramah agama bertajuk “Hijrah Membentuk Peribadi Unggul, Penjara Amanah Negara” yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahnaf Attirmizi daripada BAKA IPD Bintulu.










