Pada 9 Julai 2025 (Rabu), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Program Outreach Korektif melibatkan ODS serta keluarga dan Perasmian Pusat Cucian Kenderaan ( Carwash). Majlis Pelancaran dan Perasmian Carwash telah disempurnakan oleh YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan,Perindustrian dan Pembangunan TVET (Dun Rim Melaka).Turut hadir TKP Rosman bin Norman@Normin, Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, YBhg. Datuk Rahizi bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin, Encik Shahrul bin Shari, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Ustaz Muhammad Azizol bin Mohd Sahimi, Ketua Unit Pembangunan Asnaf, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), PP Triyo Kurniawan bin Kusmadi, Yang Menjalankan Tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak. Wakil-wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut hadir iaitu Puan Nittiya Manoharan, Pegawai Focus Group Executive (PERKESO) Negeri Melaka, Encik Eng Chin Huat, Pengurus Kanan Recron Malaysia Sdn Bhd. Syarikat Recron ialah syarikat yang memberi peluang kepada ODS untuk bekerja di kilang. Turut diraikan ialah seramai 10 ODS bersama 50 ahli keluarga yang dipilih.Program Outreach Korektif merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia yang melibatkan agensi bukan kerajaan (NGO), bersama keluarga ODS demi memberi harapan serta semangat kepada perubahan positif ODS dan merapatkan hubungan kekeluargaan. Manakala kewujudan Pusat Cucian Kenderaan (Carwash) di Pusat Koreksional Jasin telah mendapat sumbangan dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dibawah Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani). Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Pengarah Penjara Negeri Melaka TKP Rosman bin Norman@Normin , Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU), NGO , MAIM, Recron Malaysia, pegawai dan semua warga kerja Pusat Koreksional Jasin yang terlibat dalam program ini. Penyelaras program ini ialah KIP Mohd Rizuan bin Osman. Pusat Koreksional Jasin sentiasa komited mengadakan program outreach bagi menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang demi menyumbang bakti kepada masyarakat dengan penyertaan ODS.










