Majlis Sambutan Hari Penjara ke 235 Peringkat Penjara Simpang Renggam dengan tema “Peradaban Manusiawi Perkukuh Masyarakat Madani” telah diadakan pada 25hb Jun 2025 di Penjara Simpang Renggam, Johor. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara Mohd Farid Bin Kassim Pengarah Penjara Simpang Renggam. Majlis turut dihadiri Penolong Komisioner Penjara Nor Hazran bin Che Abd Llah Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, Penguasa Penjara Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan, Timbalan- Timbalan Penguasa, Pegawai - Pegawai Kanan, Anggota Lain - Lain Pangkat dan Kakitangan Awam.
Antara pengisian sambutan ini adalah ucapan amanat daripada Pengarah Penjara Simpang Renggam. Dengan tema sambutan pada tahun ini adalah “PERADABAN MANUSIAWI PERKUKUH MASYARAKAT MADANI” diharap seluruh warga kerja jabatan dan masyarakat dapat bersama-sama memperkukuh sistem korektif negara yang lebih berperikemanusiaan, adil dan berkesan.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian pingat , seramai (5) Kakitangan Menerima Pingat Setia Penjara (PSP), (5) Menerima Pingat Cemerlang Penjara (PCP), (6) Kakitangan Menerima Pingat Pekerti Penjara (PPP), (4) Kakitangan Menerima Pingat Bakti Penjara (PBP), (23) Kakitangan Menerima Pingat Am Penjara (PAP), (2) Kakitangan Menerima Sijil Kepujian Tertinggi (Riben Merah) dan (10) Kakitangan Menerima Sijil kepujian Tertinggi (Riben Hijau). Jumlah keseluruhan penerima pingat seramai (55) pegawai dan anggota lain-lain pangkat.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi ceramah bertajuk "Anxiety dan Burnout" yang disampaikan oleh Puan Hajjah Siti Rohani binti Ahmad dari Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama semua kakitangan Penjara Simpang Renggam.










