Matomo

Latihan Keselamatan Kebakaran Kakitangan Dan Prospek Di Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Keselamatan Kebakaran Kakitangan Dan Prospek Di Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 30 Jun 2025 (Isnin) telah diadakan Latihan Keselamatan Kebakaran anjuran Unit Latihan Institusi (ULIN) Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia daerah  Bintulu. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk menguji keberkesanan pelan tindakan kecemasan dan tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota, prospek serta keluarga yang menetap di kuarters kakitangan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan yang bermula pada jam 9.30 pagi ini melibatkan seramai 68 orang kakitangan, 414 orang prospek, serta 38 keluarga yang tinggal di kuarters kakitangan. Seramai 15 orang pegawai dan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia daerah Bintulu telah terlibat diketuai oleh PBK II Fredmiller anak Bahar. Latihan menyeluruh telah diadakan dan berakhir pada jam 11.30 pagi.