Pada 23 Jun 2025 (Isnin), seramai 4 orang wakil Kesatuan Eropan (EU) yang diketuai oleh Ms. Joanna Wasiewska, First Counsellor EU telah melawat Pusat Koreksional Jasin bagi melihat kemajuan kerjaya Orang Diselia (ODS) dalam program pemulihan. Antara delegasi yang turut serta ialah Mr. Erwann Tor, Senior Expert EU, Mr Henk Mortier, Prison Director Advisor Haren Prison Belgium dan Mr. Kavan Applegate, International Corrections & Prison Association( ICPA). Perbincangan dua hala telah dipengerusikan oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Turut mewakili Pusat Koreksional Jasin ialah PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli, KIP Abdul Haiyy bin Md. Ghaus dan Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan. Taklimat Pusat Koreksional Jasin dibentangkan oleh KIP Hazli bin Abdul Hamid. Wakil dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang hadir ialah PP Wan Mohd Iftitah bin Wan Ariffin. Delegasi EU amat menghargai dan kagum dengan peluang yang diberikan kepada ODS untuk bekerja di luar iaitu di kilang Recron Sdn. Bhd sehingga memperolehi pendapatan setanding dengan masyarakat awam di luar. Delegasi EU juga melawat kawasan taman 'Green Prison' iaitu tempat ODS menjalani program terapi kaunseling secara santai dan terbuka. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin menghargai lawatan dari delegasi EU kerana dengan lawatan ini kedua-dua pihak memperolehi manfaat dan dapat bertukar pendapat bagi mempelbagaikan kreativiti program pemulihan. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin juga merakamkan penghargaan kepada semua anggota, kakitangan dan unit di Pusat Koreksional Jasin kerana bertungkus lumus membuat persediaan sebelum dan semasa lawatan. Penghargaan juga diberikan kepada Pengarah Penjara Negeri Melaka, Bahagian Antarabangsa dan Pemindahan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Institusi Penjara Negeri Melaka yang membantu kelancaran lawatan delegasi dari EU.










