Matomo

Lawatan Penanda Aras Dari Uganda Prisons Service (UPS) Ke Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Penanda Aras Dari Uganda Prisons Service (UPS) Ke Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 12 Jun 2025 ( Khamis), seramai 11 orang delegasi negara Uganda yang diketuai oleh Mr. Kivumbi Jacob, Commissioner of Prisons/Custodial Services telah melawat Pusat Koreksional Jasin. Perbincangan dengan delegasi Uganda telah dipengerusikan oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Turut hadir bersama PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Rafizi bin Ramli, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan dan KIP Abdul Haiyy bin Md. Ghaus. Taklimat mengenai aktiviti di Pusat Koreksioanl Jasin telah disampaikan oleh KIP Hazli bin Abdul Hamid. Wakil daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia diwakili oleh INSP Surentharan a/l Aranajalom dan INSP Saddam bin Azhar. Delegasi negara Uganda amat mengagumi dan tertarik dengan Program Corporate Smart Intership (CSI) iaitu Orang Diselia (ODS) di Pusat Koreksional Jasin yang sedang menjalani program pemulihan dibenarkan bekerja di luar kawasan iaitu di kilang Recron Sdn. Bhd dengan mendapat pendapatan setanding dengan pekerja lain. Delegasi juga dibawa ke kawasan "Green Prison" iaitu kawasan taman di dalam Pusat Koreksional Jasin untuk penghuni menjalani program kaunseling dan aktiviti riadah secara santai dan terbuka. Delegasi Uganda amat menghargai aktiviti program pemulihan yang dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama NGO, agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta dan masyarakat sekitar. Antaranya aktiviti operasi Pusat Cucian Kenderaan (Car Wash) , tanaman secara sistematik khususnya nanas, bawang dan sayuran lain yang mendapat kejayaan dengan sokongan serta kolaborasi daripada agensi-agensi berkaitan seperti Lembaga Nanas Malaysia, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang Jasin dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang juga sama-sama diusahakan oleh Orang Diselia (ODS) . Pihak pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada seluruh unit dan warga kerja Pusat Koreksional Jasin yang bertungkus lumus membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas lawatan. Penghargaan juga diberikan kepada Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Institusi Penjara di Negeri Melaka yang membantu kelancaran lawatan delegasi dari negara Uganda.