Matomo

Kejohanan Menembak Antara Negeri Tahun 2025 - Piala Komisioner Jeneral Penjara

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Menembak Antara Negeri Tahun 2025 - Piala Komisioner Jeneral Penjara

Pada 20 hingga 22 Jun 2025, telah berlangsung Kejohanan Menembak Antara Negeri Tahun 2025 - Piala Komisioner Jeneral Penjara bertempat di Johor Clay Target Shooting Association, Kota Tinggi, Johor. 12 pasukan mewakili negeri telah menyertai kejohanan tersebut. Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Dihormati TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Pembangunan Profesionalisme. Turut hadir menjayakan kejohanan tersebut, TKP Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Johor merangkap Pengelola Kejohanan, TKP Mohamad Andri bin Mohamad Ridzwan, Timbalan Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, merangkap Penaung Sukan Menembak, TKP Meor Azizi Sapawi bin Ahmad Sepuan, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi merangkap Bendahari Kehormat Majlis Sukan Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri serta Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Johor.

Keputusan Kejohanan Menembak Antara Negeri Tahun 2025 - Piala Komisioner Jeneral Penjara

Berpasukan (Keseluruhan)

Johan - Negeri Selangor
Naib Johan - Negeri Melaka
Tempat Ketiga - Negeri Johor
Tempat Keempat - Negeri Sabah