PULAU PINANG | 03 JUN 2025, Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani Peringkat Penjara Pulau Pinang telah dilaksanakan di Dewan Kelab Sukan, Penjara Pulau Pinang. Dengan tema “Kepulangan Yang Dinanti”. Majlis pelepasan ini melibatkan 42 Orang Bebas Berlesen (OBB) yang akan diberi peluang kedua untuk menjalani pemulihan di luar tembok Penjara sempena Hari Raya Aidiladha dengan 16 Orang Bebas Berlesen (OBB) akan menyertai Program Corporate Smart Internship (CSI), 21 Orang Bebas Berlesen (OBB) akan kembali ke pangkuan keluarga dan 5 Orang Bebas Berlesen (OBB) akan ke Rumah Perantaraan (RP). Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YDH PKP Zool Fadli Bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang. Turut hadir Timbalan Penjara Pulau Pinang, Pegawai-Pegawai Parol dan PBSL, Majikan syarikat yang terlibat dan keluarga.










