Pada 20 hingga 21 Mei 2025 bertempat di Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah berlangsung Kursus Light Strike Force (LSF) Siri 1 /2025. Peserta kursus berkekuatan seramai 24 orang peserta terdiri daripada anggota (Pegawai Kanan & Lain-lain pangkat) Pusat Koreksional Jasin dan Muzium Penjara Malaysia (jemputan) . Kursus diketuai oleh PPP Zainal bin Md. Sharip. Kursus dikendalikan oleh WDR 25338 Zul Raimi bin Jamali (UKP). Tujuan kursus adalah melatih anggota untuk menghadapi rusuhan dan situasi luar biasa. Penyelaras kursus ialah INSP Raffi bin Tuminoh dari Unit Latihan Pusat Koreksional Jasin. Turut hadir semasa latihan ialah TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak dan TPP Rafizi bin Ramli, Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkam penghargaan kepada semua anggota yang hadir terutama barisan kejurulatihan yang bertungkus lumus untuk menjayakan kursus.










