Pada 23 Mei 2025 (Jumaat), Sekolah Rendah Agama Rakyat JAIM Merlimau Utara telah mengadakan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah dengan kerjasama Pusat Koreksional Jasin. Pengisian majlis ialah dengan sesi ceramah motivasi bertajuk “Masalah Disiplin Di Kalangan Murid-Murid” yang telah disampaikan oleh KIP Mohd Rizuan bin Osman. Ceramah ini memberi penekanan kepada pentingnya menjaga disiplin serta kesan buruk apabila mengabaikan disiplin. Wakil dari Pusat Koreksional Jasin lain yang hadir ialah Encik Muhamad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi Pusat Koreksional Jasin, KPL Muhammad Ismail bin Salim dan WDR Jacky Sim Chee Wai. Kemuncak majlis adalah penyampaian Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan kepada murid-murid yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk memegang jawatan seperti Pengawas Sekolah, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Seramai 150 orang murid telah hadir.
Pameran berkaitan Kepenjaraan daripada Pusat Koreksional Jasin turut diadakan untuk semua warga sekolah. Pihak sekolah diwakili oleh Puan Noryati binti Amran selaku Guru Besar SRA Merlimau Utara serta 10 orang guru penyelaras. Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada semua anggota dan kakitangan yang terlibat dalam program ini. Pusat Koreksional Jasin sentiasa komited mengadakan program outreach bagi menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang demi menyumbang bakti kepada masyarakat sekitar.










