Ceramah Aidiladha 1446H : "Korban Nafsu, Bina Iman" Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Selasa, 27 Mei 2025 bersamaan 29 Zulkaedah 1446H di Surau Al-Hidayah, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan pengorbanan nafsu demi membina iman dan taqwa kepada Allah SWT yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh TPP Khairul Esmail bin Mohd Zawawi, Timbalan Penguasa Penjara mewakili Pengarah Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Seramai 100 orang penghuni terlibat dalam program ini.










