Matomo

Sesi Penilaian Prospek Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Dan Naziran Orang Diparol (ODP) Di Bintulu Oleh Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri (KDN)

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Penilaian Prospek Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Dan Naziran Orang Diparol (ODP) Di Bintulu Oleh Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Pada 20 Mei 2025 (Selasa) telah diadakan Sesi Penilaian Prospek Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dan Naziran Orang Diparol (ODP) di Bintulu oleh Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Seramai sembilan (9) orang ahli Lembaga Parol KDN telah hadir dalam sesi penilaian prospek pada kali ini yang telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Ramzi bin Osman. Selesai sesi penilaian, ahli Lembaga Parol KDN telah berkesempatan mengadakan lawatan ke dalam kawasan penjara. Pada sebelah petang telah diadakan sesi naziran ODP di bawah pengawasan Pejabat Parol Daerah (PPD) Bintulu iaitu melibatkan ODP yang ditempatkan di bawah Program CSI dan ODP yang bersama keluarga.