Matomo

Program Sambutan Hari Wesak Peringkat Pusat Koreksional Jasin Tahun 2025

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Hari Wesak Peringkat Pusat Koreksional Jasin Tahun 2025

Pada 19 Mei 2025 (Isnin), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Program Sambutan Hari Wesak yang telah dihadiri oleh (4) kakitangan dari Persatuan Geha Boddhi dan seramai (12) Orang Diselia (ODS). Dengan penganjuran program ini  dapat memberi pendidikan kepada ODS yang beragama Buddha untuk menjadi insan yang lebih baik . PP Mohd Rehan bin Khamis,Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin,TPP Razrin Hamidi bin Abd Razak, Ketua Bahagian Korektif dan TPP Rafizi bin Ramli, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen turut hadir untuk menyambut wakil persatuan. Penyelaras program ialah KIP Mohd Rizuan bin Osman, Ketua Seksyen Pemulihan Pusat Koreksional Jasin. Persatuan Geha Boddhi diwakili oleh Encik Ng Kee Ho  bersama 3 ahli persatuan. Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Persatuan Geha Boddhi, semua anggota Pusat Koreksional Jasin dan kakitangan yang menyelaras program ini.