Pada 15 Mei 2025 (Khamis), telah dibuat Lawatan Verifikasi Program Operasi Manual Pembersihan Awam oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp) di Pusat Koreksional Jasin, Melaka melibatkan (10) perantis Orang Diselia (ODS) bersama Trainer dan Coach. Lawatan Verifikasi telah diketuai oleh Encik Samsul Ariffin bin Kadri, Pegawai Pengesah Luaran (PPL), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Encik Mohd Syafawi bin Awang, Pegawai Pengajar Akademi Dalam industri (ADi) SW Corp Melaka, Encik Muhammad Hafiz bin Abd Halim, Pegawai SW Corp Melaka, INSP Ros Azmizam bin Khazmy, wakil dari Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, sementara wakil institusi, KIP Abd Haiyy bin Md Ghaus, Encik Alias bin Darman dan Sarjan 19762 Fadhirul Naim bin Mokhtar. Lawatan Verifikasi ini bertujuan untuk membuat penilaian pelaksanaan Kursus serta sebagai satu keperluan yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk memenuhi syarat pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Berinsentif. Melalui program Latihan Kemahiran Bersijil ini, Orang Diselia (ODS) akan didedahkan dengan Skop berkaitan pelaksanaan cara kerja, pengendalian peralatan dan pematuhan keselamatan mengikut standard pembersihan Awam yang ditetapkan melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Turut hadir memberi sokongan dan kata kata semangat kepada ODS ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak. Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran, SW Corp, wakil Bahagian Korektif dan semua anggota dan kakitangan yang bertungkus lumus memberi latihan kemahiran kepada ODS.











