Matomo

Program Outreach Pusat Koreksional Jasin : Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Batu Gajah Merlimau, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Pusat Koreksional Jasin : Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Batu Gajah Merlimau, Melaka

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), Sekolah Rendah Agama Rakyat JAIM Batu Gajah, Merlimau telah mengadakan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah dengan kerjasama Pusat Koreksional Jasin. Antara pengisian majlis ialah dengan sesi ceramah motivasi bertajuk “Disiplin Diri” yang telah disampaikan oleh KIP Hazli bin Abdul Hamid. Ceramah ini memberi penekanan kepada kepentingan pembentukan disiplin dan sahsiah yang tinggi dalam kalangan murid sebagai asas kepada kepimpinan yang berkesan. Sesi diteruskan dengan aktiviti ice breaking yang dikendalikan oleh Encik Muhamad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi Pusat Koreksional Jasin bagi meningkatkan keyakinan murid. Wakil dari Pusat Koreksional Jasin lain yang hadir ialah KPL Mohammad Izaini bin Zahari dan WDR Wan Muhamad Tilmizi bin Ghazali. Kemuncak majlis adalah penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda kepada murid-murid yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk memegang jawatan seperti Pengawas Sekolah, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Seramai 100 orang murid telah hadir dan pameran berkaitan Kepenjaraan daripada Pusat Koreksional Jasin turut diadakan. Pihak sekolah telah diwakili oleh Ustazah Siti Zahleha binti Yasak, Penolong Kanan, serta Ustaz Muhammad Naufal bin Bajuri, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan tiga orang guru penyelaras. Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada semua anggota dan kakitangan yang terlibat dalam program ini. Pusat Koreksional Jasin sentiasa komited mengadakan program outreach bagi menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang demi menyumbang bakti kepada masyarakat sekitar.