Pada 28 April 2025 (Isnin) telah diadakan Sesi Libat Urus Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara, YBrs. KP Rosoman bin Abu Bakar@Che Din bagi Pembebasan Prospek Mendapat Pengampunan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2025 di Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Pengampunan ini selaras dengan peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (Akta Penjara 1995 – Sek. 52) yang bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada prospek agar menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Turut hadir ialah TKP Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA serta mendapat liputan daripada pihak media (TVS). Prospek yang telah dijatuhkan hukuman pemenjaraan seumur hidup dan telah menjalani hukuman pemenjaraan selama 15 tahun ini telah dirai serta disambut dalam suasana yang hiba dan gembira dengan kehadiran ahli keluarga.
Selesai sesi pembebasan, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara berkesempatan mengadakan lawatan ke dalam kawasan penjara.










