Selasa, 22 April 2025 – Kunjung Hormat Pengarah Penjara Sungai Buloh YM. TKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar ke Jabatan Mufti Negeri Selangor bertemu Y.A.D Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Negeri Selangor. Semoga hubungan yang baik yang sedia terjalin akan dipertingkatkan melalui program-program kerjasama bagi memberi manfaat bersama di antara Penjara Sungai Buloh dan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Terima kasih Dato’ Setia atas kesudian menerima kunjungan kami dan turut menghadiahkan beberapa karya daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai cenderahati.










