Pada 17 April 2025 bersamaan dengan 18 Syawal 1446H, Seksyen Pemulihan dan Rawatan telah mengadakan program Jalinan Kasih Aidilfitri Prospek 2025 Penjara Limbang yang bertemakan “ Masih Ada Yang Sayang”. Seramai 5 orang prospek dan 5 keluarga yang terlibat dalam program ini. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara prospek dengan keluargan prospek. Bukan itu saja bahkan ianya adalah bertujuan agar prospek timbul kesedaran untuk berubah kerana walaupun perbuatan lampau mereka tersasar namun keluarga mereka masih memberi peluang kepada mereka untuk balik ke pangkal jalan dan masih menyayangi mereka serta cakna dengan kehidupan seharian mereka. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Limbang PP Choimmber Tain, Ketua Bahagian Korektif TPP Azrul Bin Yahya dan Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan KIP Hisshammuddin Bin Ali.
Aturcara program ini di mulakan dengan ucapan Timbalan Pengarah Penjara Limbang PP Choimbber Tain dan seterusnya keluarga prospek dihiburkan oleh prospek yanbg terlibat dengan nyanyian lagu raya. Seterusnya pula penyerahan kad raya yang di buat oleh prospek sendiri kepada keluarga mereka dan bersalaman kemaafan antara prospek dengan keluarga sendiri. Selesai dengan jamuan kira-kira sekitar jam 10.30 program berakhir dan bersurai.










