Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 1446H di Surau Al-Hidayah, Penjara Taiping telah dilaksanakan pada hari Isnin, 31 Mac 2025 bersamaan 01 Syawal 1446H. Solat Sunat Aidilfitri ini telah diimamkan oleh Sjn.11262 Muhamad Khairi bin Hassan manakala Khutbah Aidilfitri telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azhari bin Hasan. Solat telah dihadiri oleh kakitangan yang bertugas dan melibatkan 100 orang penghuni.










