Pada 17 April 2025 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Program Outreach gotong royong di sekitar dalam kawasan Sekolah Rendah Agama JAIM Serkam Tengah melibatkan (8) kakitangan dan seramai (15) Orang Diselia (ODS). Dengan penganjuran Program Outreach ini, dapat memberi pendedahan kepada ODS untuk bergaul serta menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat. Turut hadir Encik Mohamad Rasafiq bin Radani, Guru Besar SRA JAIM Serkam Tengah ,Encik Shamsul bin Md Kassim, Pengerusi PIBG SRA JAIM Serkam Tengah. Penyelaras Program ialah KIP Mohd Rizuan bin Osman, Ketua Seksyen Pemulihan Pusat Koreksional Jasin dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin. Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang terlibat dalam menjayakan program ini.










