Matomo

Program Outreach Pusat Koreksional Jasin Bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Di Merlimau Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Pusat Koreksional Jasin Bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Di Merlimau Melaka

Pada 18 April 2025 (Jumaat), telah diadakan Program Outreach & Program Corporate Social Responsibility (CSR) Kerjasama Pusat Koreksional Jasin dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di Kampung Tengah Padang Merlimau, Melaka. Anggota dan Orang Diselia (ODS) dari Pusat Koreksional Jasin telah menanam 300 sulur nanas di kampung tersebut. Turut hadir bagi menjayakan program ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, SI Sa'ban bin A. Rahim, SJN Zupkawerussapkdanur bin Safee dan lain-lain anggota. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Sembilan/Melaka diwakili oleh Encik Mohammad Ismazainureen bin Abu Hasan, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada semua anggota yang terlibat. Diharapkan kerjasama dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia akan diteruskan dan diperkukuhkan demi memberi manfaat kepada kedua dua belah pihak.