Pada 9 hingga 11 April 2025, Unit Latihan Institusi Pusat Koreksional Bintulu/PPK/ PPA telah mengadakan latihan Light Strike Force (LSF) di Tapak Perhimpunan institusi. Latihan ini melibatkan seramai 20 orang pegawai dan anggota melibatkan Unit Kawalan & Pencegahan dan Unit Tugas Am. Latihan yang termasuk dalam kalendar latihan institusi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan intensif kepada pegawai serta anggota mengenai teknik-teknik kawalan rusuhan, taktikal pengendalian situasi kecemasan dan penugasan dalam menghadapi ancaman keselamatan. Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/PPA, PKP Zakaria bin Mat Jusoh hadir untuk menyaksikan simulasi kawalan rusuhan yang telah diadakan di Blok Asingan dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat. Turut hadir ialah PP Hasbullah bin Berahim, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dan TPP Muhammad Syahiran bin Che Noh, Ketua Bahagian Keselamatan Fizikal dan Inteligen.










