Matomo

Majlis Khatam Al-Quran 1446H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran 1446H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Majlis Khatam Al-Quran 1446H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 25 Mac 2025 bersamaan 24 Ramadan 1446H di Surau Al-Hidayah, Penjara Taiping. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan penghuni-penghuni yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1446H. Majlis dimulakan dengan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan diakhiri Doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Raqib bin Mohd Yusop. Majlis ini dihadiri oleh PP Shahrul Izzat bin Hamid, Timbalan Pengarah Penjara Taiping dan TPP Teuku Mohd Hasbi bin Tarmizi, Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Taiping. Penyampaian hadiah dan sumbangan kepada para peserta tadarus telah disempurnakan oleh PP Shahrul Izzat bin Hamid. Majlis ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 4.15 petang dan disertai oleh 110 orang penghuni.