Pada 25 Mac 2025 (Selasa) bersamaan 26 Ramadan 1446H telah diadakan Majlis Iftar Ramadan peringkat kakitangan dan PERSIAP Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran untuk anak-anak kakitangan yang diketuai oleh Ustaz Wan Yusuf bin Wan Mumin. Aturcara majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada Imam, Bilal dan Marbot Surau At-Taqwa diikuti penyampaian saguhati kepada anak-anak kakitangan yang telah mengikuti tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Majlis turut mengambil kesempatan ini menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang golongan asnaf di bahagian Bintulu dan gimik simbolik sumbangan raya kepada kakitangan yang telah disampaikan oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Seusai berbuka puasa, telah diadakan solat magrib, isya dan tarawih berjemaah di Surau At-Taqwa. Majlis yang diadakan pada setiap kali bulan Ramadan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja institusi dan PERSIAP disamping dapat menghayati erti, nilai dan ibrah yang terkandung dalam bulan Ramadan.










