Matomo

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Prospek Anjuran Bersama Penjara Pulau Pinang Dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Pulau Pinang Tahun 1446/2025

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Prospek Anjuran Bersama Penjara Pulau Pinang Dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Pulau Pinang Tahun 1446/2025

Pada 25 Mac 2025 (Selasa), bertempat di Perkarangan Dataran Kawad, Penjara Pulau Pinang telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Prospek Penjara Pulau Pinang. Majlis ini juga merupakan anjuran bersama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Pulau Pinang. Aturcara majlis dimulai dengan Majlis Khatam Al-Quran peringkat prospek, persembahan nasyid, ucapan aluan oleh YDH PKP Zool Fadli bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang. Majlis diteruskan dengan Tazkirah Inspirasi Ramadan oleh Ustaz Khairul Abdan bin Baharuddin, Penceramah YADIM dan diteruskan dengan jamuan berbuka puasa, penyampaian cenderamata dan solat maghrib berjemaah.