Matomo

Lawatan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Ke Penjara Simpang Renggam, Johor

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Ke Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 26 Mac 2025 (RABU) bertempat di Ruang Legar Pejabat Pentadbiran telah diadakan Program Lawatan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared Bin Mohd Khalid Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor bersama Prospek Penjara Simpang Renggam. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Komisioner Penjara Mohamad Bin Ismail Pengarah Penjara Negeri Johor, Timbalan Komisioner Penjara Mohd Farid Bin Kassim Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor, Yb Dato’ Dr Kassim Bin Tukiman Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Tuan Haji Ramly Bin Haji Jusoh Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Dari Majlis Agama Islam Negeri Johor, Penolong Komisioner Penjara Nor Hazran Bin Che Abd Llah Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, Pegawai Kanan dan Anggota Kakitangan serta prospek Penjara Simpang Renggam.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Al Quran serta terjemahannya daripada prospek, Persembahan Nasyid, Ucapan YB Tuan Haji Mohd Fared Bin Mohd Khalid, Penyampaian Mock Cek Sumbangan Agihan Manfaat Wakaf kepada Kelas Tahfiz Penjara Simpang Renggam, Penyampaian Cenderahati kuih Raya kepada Tetamu, Penyampaian Cenderahati kepada YB Tuan Haji Mohd Fared Bin Mohd Khalid dan diakhiri dengan Ramah Mesra bersama Prospek serta sesi bergambar.