20 Mac 2025 – 10.30 malam telah berlangsung Program Santunan Sahur Prospek dan Kakitangan Penjara Sungai Buloh anjuran Unit Agama dengan kerjasama Yayasan Ikram Malaysia. Turut hadir Y.M Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Penjara Sungai Buloh dan Y.Bhg. Hj. Ainullotfi bin Abdul Latif, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia dan Puan Hjh. Faridah binti Maludin dan pegawai-pegawai dari unit agama serta unit PPI PSB. Program ini diadakan di Rumah Transisi Industri (RTI). Porgram dimulakan dengan sesi suai kenal dan ucapan penghargaan oleh pengarah penjara. Kemudian diteruskan dengan tazkirah di sampaikan oleh wakil Yayasan IKRAM dan bacaan doa. Setelah itu acara kemuncak bermula iaitu penyampaian juadah sahur kepada Prospek ODS dan kepada wakil anggota yang bertugas malam. Program berakhir dengan ramah mesra dan sesi bergambar.










