Matomo

Sambutan Nuzul Al-Quran Dan Majlis Iftar Ramadan Peringkat Banduan / Tahanan Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Nuzul Al-Quran Dan Majlis Iftar Ramadan Peringkat Banduan / Tahanan Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 18 Mac 2025 bersamaan 17 Ramadan 1446H telah diadakan Sambutan Nuzul Al-Quran dan Majlis Iftar Ramadan peringkat banduan/ tahanan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA bertempat di Blok Klinik institusi melibatkan 73 banduan dan 22 tahanan LLPK. Program dimulakan dengan khatam Al-Quran, disusuli dengan ceramah khas sambutan Nuzul Al-Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz Saimon Kila@Nuur Huzaifah, Pegawai Agama HIKMAH Cawangan Bintulu. Program diteruskan dengan simbolik penyerahan zakat banduan/ tahanan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA kepada Amil yang telah dilantik iaitu Ustaz Wan Yusuf bin Wan Mumin (Pegawai Agama Institusi), diikuti penyampaian cenderahati kepada banduan yang terlibat dalam khatam Al-Quran dan seterusnya bacaan ayat suci Al-Quran oleh wakil banduan sebelum berbuka puasa. Program ini juga merupakan kerjasama rakan strategik antara Baitulmal Sarawak Cawangan Bintulu dan HIKMAH Cawangan Bintulu bersama pihak institusi dengan objektif penganjuran agar program ini dapat memberi impak yang positif ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri setiap banduan/ tahanan demi mengangkat martabat agama, bangsa, dan negara. Majlis berakhir setelah selesai menunaikan solat maghrib berjemaah pada jam 7.30 malam.