19 Mac 2025 bersamaan 18 Ramadan 1446H (Rabu), telah berlangsung Program Ihya’ Tarbawi Ramadan (IhTiRam) di Surau An Nur, Pusat Koreksional Jasin. Atur cara program telah bermula seawal jam 4.30 petang dengan Solat Asar berjemaah bersama Orang DiSelia. Seterusnya seramai 50 peserta tadarus dalam kalangan penghuni telah memulakan bacaan tadarus Al-Quran bermula dari 1 Ramadan, telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran pada petang tersebut. Acara kemuncak Program IhTiRam Majlis Agama Islam Melaka ialah perasmian oleh Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis, Pengurus Baitulmal, Majlis Agama Islam Melaka dan majlis penyerahan Mock Cheque Zakat Fitrah bagi 390 Orang DiSelia berjumlah RM2,730.00 telah diserahkan oleh wakil penghuni kepada Pengarah Operasi Zakat Melaka, Encik Noorzakry bin Nor Jamal. Sebagai tanda penghargaan, peserta tadarus ini dipilih untuk bersama-sama dengan pihak Majlis Agama Islam Melaka bagi program Iftar Jamaie‘ dan menunaikan Solat Fardhu Maghrib bersama-sama. Turut Hadir menjayakan program PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Puan Zuraini Bibi binti Mohamed Yusoff, Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Insan MAIM, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, ketua-ketua dan wakil institusi Penjara Negeri Melaka dan semua warga kerja Pusat Koreksional Jasin. Pusat Koreksional Jasin juga menjemput pelajar Tahfiz Madrasah Oli seramai 17 orang bersama guru madrashah bagi bersama-sama menjayakan program tersebut. Penyelaras program ialah Ustaz Abdul Lathif bin Ismail, Pegawai Agama Islam di Pusat Koreksional Jasin. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIM sebagai penaja utama majlis dan kepada semua warga Pusat Koreksional Jasin yang terlibat dalam menjayakan program yang bermakna ini.










