Pada 24 Mac 2025, bertempat di Dewan Kelab Sukan, Penjara Pulau Pinang telah diadakan Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang. Dengan tema “Kepulangan Yang Dinanti”. Majlis pelepasan tersebut melibatkan (32) Orang Bebas Berlesen (OBB) yang akan diberi peluang kedua untuk menjalani pemulihan di luar tembok penjara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan (03) Orang Bebas Berlesen (OBB) akan menyertai Program Corporate Smart Internship (CSI), (28) Orang Bebas Berlesen (OBB) akan kembali ke pangkuan keluarga dan (01) Orang Bebas Berlesen (OBB) akan ke Rumah Perantaraan (RP). Gimik Serahan Sijil Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Syerleena Binti Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan turut dihadiri oleh YDH PKK Abd Rauf Bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH PKP Zool Fadli Bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang, YDH PP Mahyudin Bin Awang, Timbalan Pengarah Seberang Perai, Pegawai-Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Di Negeri Pulau Pinang, majikan syarikat yang terlibat dan keluarga.










