Pada 24 Mac 2025, Bertempat di Dewan Melati, Penjara Penor telah diadakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Negeri Pahang bagi tahun 2025 yang melibatkan 30 prospek dari Penjara Penor diserahkan kepada keluarga dan majikan serta wakil Pegawai Pejabat Parol Daerah Kuantan, Pegawai Pejabat Parol Daerah Temerloh dan Pegawai Pejabat Parol Daerah Pekan. Pelepasan ini telah disempurnakan oleh YM PKK Raja Mohd Amazon bin Raja Daud, Pengarah Penjara Penor, Pahang. Turut hadir PP Rihzueh bin Ahhing, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang serta pegawai-pegawai kanan, dan anggota lain-lain pangkat dari Penjara Negeri Pahang.










