Matomo

Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Prospek Penjara Bentong, Pahang

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Prospek Penjara Bentong, Pahang

22 Mac 2025 Penjara Bentong, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Program Bubur Lambuk bersama kakitangan dan (100) prospek Penjara Bentong.


Program kali ini menyediakan (7) kawah bubur lambuk yang disediakan dengan kerjasama prospek terlibat mengikut resepi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.


YAM Tengku turut berkenan singgah ke Pusat Vokasional Industri dan Bengkel Tenun Pahang di Penjara Bentong diiringi YH. TKP Dato' Abu Hasan Bin Hussain, Pengarah Penjara Negeri Pahang dan TKP Suhaizak Bin Ab. Wahab, Pengarah Penjara Bentong.


Sebanyak (4500) bekas bubur lambuk berjaya disiapkan dan diagihkan kepada kakitangan, prospek Penjara Bentong dan tetamu yang turut hadir.