Matomo

Majlis Berbuka Puasa 1446H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa 1446H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Majlis Berbuka Puasa 1446H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 19 Mac 2025 bersamaan 18 Ramadan 1446H di Dewan Terbuka, Penjara Taiping. Majlis dimulakan dengan Amanat daripada YDH PKK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping, Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad Firdaus bin Abdullah, dan Majlis Berbuka Puasa serta Solat Maghrib Berjemaah. Majlis turut dihadiri oleh PP Shahrul Izzat bin Hamid, Timbalan Pengarah Penjara Taiping, para pegawai kanan serta anggota penjara. Majlis bermula jam 6.30 petang dan berakhir sekitar jam 8.00 malam dan disertai oleh 40 orang penghuni. Penghuni-penghuni lain turut menikmati juadah berbuka puasa istimewa di blok penempatan masing-masing.