Pada 18 Mac 2025 (Selasa), telah dibuat pelepasan seramai perintis (16) ODS dari Pusat Koreksional Jasin untuk bekerja di Kilang Recron Malaysia Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Tangga Batu. Amanat telah disampaikan oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak dan TPP Rafizi bin Ramli bersama pegawai kanan dan anggota yang lain. Program PRPI ini pertama kali diadakan dan menjadi perintis di Pusat Koreksional Jasin demi memperkasakan program pemulihan dalam komuniti. Dengan wujudnya peluang serta tawaran pekerjaan kepada ODS untuk bekerja dengan syarikat swasta secara tidak langsung akan menambah pendapatan ODS, meningkatkan kemahiran teknikal dan membuktikan ODS di Pusat Koreksional Jasin amat berdisplin, mempunyai nilai tambah dan mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan. Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Syarikat Recron Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan dan semua warga kerja Pusat Koreksional Jasin yang terlibat dan menyokong usaha pemulihan dalam komuniti.










