Matomo

Program Memasak Dan Edaran Bubur Lambuk Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Bank Rakyat Cawangan Jasin Melaka Pada Tahun 2025

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memasak Dan Edaran Bubur Lambuk Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Bank Rakyat Cawangan Jasin Melaka Pada Tahun 2025

12 Mac 2024 (Rabu) bersamaan 11 Ramadan 1446H, Pusat Koreksional Jasin dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Jasin dan AKRAB Pusat Koreksional Jasin telah menganjurkan Program Memasak & Edaran Bubur Lambuk Peringkat Kakitangan. Program telah bermula seawal jam 7.30 pagi dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk dan membungkus bubur lambuk untuk edaran dengan disertai oleh seluruh warga kerja Pusat Koreksional Jasin, Kakitangan Bank Rakyat Cawangan Jasin dah Ahli Akrab Pusat Koreksional Jasin. Agihan bubur lambuk telah disertai oleh semua kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Bank Rakyat , Ahli AKRAB dengan diketuai oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jasin, Tuan Norul Hisyam bin Mohd Hassan, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, Encik Muhamad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi dan Ustaz Abdul Lathif bin Ismail ,Penyelaras Program. Edaran telah diadakan kepada orang awam yg melalui Jalan Lipat Kajang berhadapan Pusat Koreksional Jasin. Pihak pengurusan Pusat Koreksional Jasin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Rakyat Cawangan Jasin dan semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Program Memasak dan Edaran Bubuk Lambuk edisi 2025 tahun ini.