Pada 13 Mac 2025, Penjara Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan untuk semua kakitangan dan keluarga. Majlis turut dihadiri oleh PKK Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai yang disambut oleh PKP Zool Fadli bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang. Majlis dimulai dengan sumbangan Kasih Ramadan kepada anak-anak yang khatam al-Quran, penghargaan kepada tenaga pengajar dan Guru Takmir serta penyampaian sumbangan kebajikan kepada pegawai dan anggota serta anak yang sakit. Majlis diteruskan dengan Tazkirah Inspirasi Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Abu Talha bin Jamalludin dan majlis berbuka puasa.










