Pada 10 Mac 2025 (Isnin), bertempat di Penjara Pulau Pinang telah menerima lawatan kerja daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia Penang. Lawatan kerja tersebut diketuai oleh Ibu Yulisdiyah K. Nuswapadi, PF Konsuler II bersama wakil 5 orang daripada Konsulat Republik Indonesia Penang dengan diiringi oleh TPP Mohd Hafizudrin Bin Ramli, Timbalan Penguasa Penjara mewakili Pengarah Penjara Pulau Pinang. Lawatan kerja tersebut bagi tujuan kunjungan kepada prospek warga Indonesia dan sumbangan Ramadhan 2025 serta mendapatkan maklumat kepada 20 orang prospek warga Indonesia.










