Matomo

Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Alquran Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Perlis

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Alquran Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Perlis

Pada 12 Mac 2025 (Rabu) bertempat di Surau Al Hikmah penghuni Pusat Koreksional Perlis telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran peringkat penghuni Pusat Koreksional Perlis yang dihadiri oleh PKP Mohd Sabri bin Md Arshad Pengarah Pusat Koreksional Perlis dan Timbalan Penguasa, Pegawai kanan serta anggota Unit Agama dan Unit Pemulihan. Seramai 92 prospek terlibat dalam menjayakan program ini setiap tahun bagi menghayati nilai-nilai murni serta tanggungjawab sebagai seorang muslim dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Program dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh barisan prospek yang terlibat dan seterusnya penyampaian hadiah serta saguhati kepada prospek.Program berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama prospek di Dewan Aktiviti PPI.