Pada 11 Mac 2025 (Selasa), Pusat Koreksional Jasin melalui Unit Kebajikan Penjara telah mengadakan Program MEKAR JPN SIRI 1/2025. Program ini melibatkan 21 Orang Diselia (ODS) untuk penggantian kad pengenalan. Seramai 7 orang Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka yang diketuai oleh Puan Nurul Adha binti Laji telah hadir menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada ODS untuk membuat penggantian kad pengenalan yang hilang. Program MEKAR ini telah memberi manfaat besar kepada penghuni Pusat Koreksional Jasin dengan memudahkan mereka untuk memperoleh dokumen pengenalan diri semasa dalam tahanan. Turut menjayakan program ini ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Penyelaras program ialah Encik Norizan bin Md Yusof dan Encik Azmil bin Sambari dari Unit Kebajikan Pusat Koreksional Jasin. Pihak pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka, semua anggota dan kakitangan dalam menjayakan program ini.










