Matomo

Kunjungan Hormat Dari Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK MALAYSIA) Ke Atas Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Dari Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK MALAYSIA) Ke Atas Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia

Kajang, 06 Februari 2025 - Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia , Encik Noor Hisham Affizam bin Shamsuddin bersama Timbalan Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia , Encik Wan Muhammad Zamir bin Wan Mansor telah membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia, YBhg. KJP Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak di Pejabat Komisioner Jeneral Penjara, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Dalam kunjungan hormat ini, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia turut menerangkan peranan Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia sebagai Naib Yang Dipertua MAKSAK Malaysia serta jalinan kerjasama yang boleh dibentuk antara MAKSAK Malaysia dan Majlis Sukan Penjara Malaysia.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Penjara Malaysia, TPP Mohd Zulkarnain bin Sulaiman dan Penolong Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Penjara Malaysia, KIP Mohd Hijan bin Harun.