Matomo

Kempen Tunaikan Solat 5 Waktu Anak-anak Kakitangan Penjara Taiping

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kempen Tunaikan Solat 5 Waktu Anak-anak Kakitangan Penjara Taiping

Kempen Tunaikan Solat 5 Waktu Anak-anak Kakitangan Penjara Taiping telah diadakan bermula 17 Januari 2025 sehingga 25 Februari 2025 (40 hari). Kempen ini diadakan bertujuan mendidik anak-anak kakitangan Penjara Taiping melatih diri menunaikan solat fardu 5 waktu sehari semalam tanpa gagal sejak di usia muda.

Seramai 60 orang anak-anak kakitangan Penjara Taiping telah menyertai kempen ini dengan jayanya. 10 orang Peserta Terbaik kempen yang telah berjaya melaksanakan solat penuh dan terbanyak telah menerima Hadiah Istimewa dan Sijil Penyertaan daripada Penjara Taiping pada Majlis Penutupan Kempen TUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU yang diadakan secara bersama dengan Ceramah Ambang Ramadan 1446H Peringkat Kakitangan Penjara Taiping pada hari Khamis, 27 Februari 2025 di Surau Al-Hikmah. Hadiah telah disampaikan oleh PKK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping.