Ceramah Ambang Ramadan 1446H Peringkat Kakitangan Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 27 Februari 2025 bersamaan 28 Syaaban 1446H di Surau Al-Hikmah, Kuarters Kakitangan Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan persediaan menghadapi bulan Ramadan dan kelebihannya yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Husam bin Dato’ Paduka Syeikh Muhammad Baderuddin, Yang Dipertua Yayasan Ar-Riyaadah, Kodiang, Kedah. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh PKK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping. Program bermula jam 7.30 petang dan berakhir jam 9.30 malam. Seramai 300 orang kakitangan dan keluarga serta tetamu jemputan terlibat dalam program ini.










