Matomo

Program Sukan Persahabatan Antara Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sukan Persahabatan Antara Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu

Pada 22 Februari 2025 (Sabtu), telah diadakan Program Sukan Persahabatan antara Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu bertempat di perkarangan kuarters kakitangan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA sempena Sambutan 2 Dekad APMM. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu melibatkan empat acara sukan iaitu bola tampar, petanque, ping pong, dan badminton dengan kehadiran seramai 50 orang kakitangan institusi dan PERSIAP serta 40 orang kakitangan APMM. Program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang disamping dapat menggalakkan gaya hidup sihat. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA, Penguasa Penjara Hasbullah bin Berahim. Program telah diakhiri dengan acara sukan badminton pada jam 10.00 malam.