Pada 26 Februari 2025 (Rabu), telah diadakan Program Ceramah daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kepada kakitangan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dengan tajuk ceramah: Urus Wang Minda Tenang yang telah disampaikan oleh Encik Yeo Wee Kiak, Ketua Cawangan AKPK Kuching. Program ceramah ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kakitangan tentang pentingnya pengurusan kewangan yang baik bagi mengelak timbulnya pelbagai implikasi. Selain itu, dengan perkongsian ini juga ianya dapat dijadikan panduan kepada kakitangan dalam menguruskan kewangan secara lebih bijak. Turut hadir dalam program ceramah ini ialah PP Hasbullah bin Berahim, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Program ceramah telah berakhir pada jam 4.00 petang.










